Haihhhhh. Macam biskot pakcek ni. Sekejap ada sekejap tak ada.
Btw, semester 4 dah lama start. Dah lepas mid-term dah pun.
Tapi diri ini masih lagi di belenggu dugaan dan cabaran.
Lumrah kehidupan setiap manusia di muka bumi ni. :)
Setelah sekian lama mendiamkan diri, tetiba ingin membuka cerita di blog pakcek ni.
Persoalan pertama, adakah kerana kita tidak memberitahu kawan kita about something yang kita rasa private, mereka layak untuk melayan kita seperti kita orang asing ? Sedikit sebanyak hati ini kecewa dengan kawan kawan sendiri. Tapi tidak mengapa, walaupun diri pakcek dilakukan sebegitu, pakcek tak rasa siapa pun yang bersalah. Hanya fikiran masing masing untuk menentukan siapa yang benar dan siapa tidak. :)
Persoalan kedua, mampu ke diri pakcek ni menerima bahawa pakcek ni kaki bangku ? HAHA. Boleh diterima tetapi semakin lama pakcek dah semakin aktif. Tapi masih lagi dimarahi kerana tidak beberapa cekap seperti kawan kawan yang dah sememangnya hebat. :)
Persoalan ketiga, buat kali keempatnya, mampukah pakcek pertahankan pointer pakcek ? :P InsyaAllah boleh. Semakin boleh sebab pakcek memang mahu berjaya. Dah ada sebab untuk diri ini terus dan terus berjaya kerana masa depan diri sendiri. Dan jugak masa depan diri ini dengan seseorang yang bakal bergelar isteri dan sebuah keluarga. :)
Hidup ni banyak dugaan kan. Saya terus bersabar dan terus bersabar kerana hati ini masih lagi kuat. :)
Family masih lagi disisi memberi sokongan. Dan jugak buat seseorang yang terus membantu dan memberi sokongan untuk bersama terus berjaya. Saya percaya satu hari nanti, kita dapat rasakan betapa indahnya hasil kerja kita sendiri.
All you gotta do is believe. Believe that someday it will be your day. And when it comes to my day, I'll make sure that everything is worth dying for. Keep on surviving is my goal. I know what I'm doing. Just believe. :)
ariff.