Sunday, April 22, 2012

a million reason to understand.

Assalamualaikum.

Haihhhhh. Macam biskot pakcek ni. Sekejap ada sekejap tak ada.
Btw, semester 4 dah lama start. Dah lepas mid-term dah pun.
Tapi diri ini masih lagi di belenggu dugaan dan cabaran.
Lumrah kehidupan setiap manusia di muka bumi ni. :)

Setelah sekian lama mendiamkan diri, tetiba ingin membuka cerita di blog pakcek ni.

Persoalan pertama, adakah kerana kita tidak memberitahu kawan kita about something yang kita rasa private, mereka layak untuk melayan kita seperti kita orang asing ? Sedikit sebanyak hati ini kecewa dengan kawan kawan sendiri. Tapi tidak mengapa, walaupun diri pakcek dilakukan sebegitu, pakcek tak rasa siapa pun yang bersalah. Hanya fikiran masing masing untuk menentukan siapa yang benar dan siapa tidak. :)

Persoalan kedua, mampu ke diri pakcek ni menerima bahawa pakcek ni kaki bangku ? HAHA. Boleh diterima tetapi semakin lama pakcek dah semakin aktif. Tapi masih lagi dimarahi kerana tidak beberapa cekap seperti kawan kawan yang dah sememangnya hebat. :)

Persoalan ketiga, buat kali keempatnya, mampukah pakcek pertahankan pointer pakcek ? :P InsyaAllah boleh. Semakin boleh sebab pakcek memang mahu berjaya. Dah ada sebab untuk diri ini terus dan terus berjaya kerana masa depan diri sendiri. Dan jugak masa depan diri ini dengan seseorang yang bakal bergelar isteri dan sebuah keluarga. :)

Hidup ni banyak dugaan kan. Saya terus bersabar dan terus bersabar kerana hati ini masih lagi kuat. :)
Family masih lagi disisi memberi sokongan. Dan jugak buat seseorang yang terus membantu dan memberi sokongan untuk bersama terus berjaya. Saya percaya satu hari nanti, kita dapat rasakan betapa indahnya hasil kerja kita sendiri.
All you gotta do is believe. Believe that someday it will be your day. And when it comes to my day, I'll make sure that everything is worth dying for. Keep on surviving is my goal. I know what I'm doing. Just believe. :)

ariff.

Thursday, December 29, 2011

a deep breath.

Assalamualaikum.

Di sini ingin saya umumkan,
SAYA DAH HABIS FINAL EXAM SEMESTER 3. :)
Alhamdulillah segalanya okay, dan harap mampu mempertahankan pointer yeah. :)

I'm taking a deep breath and hopefully everything's going to be alright.

Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya.
Jangan pernah kita salahkan orang lain, tetapi salahkan diri sendiri kerana dengan itu baru la kita ada muhasabah diri yang lebih baik dari kita salahkan orang lain. 

I've never missed explaining why i've done.
Just take a moment to think back, everything.
I've never judge people easily.

Lebih baik untuk tanya atau pun percaya benda lain ?
Tak salah bertanya, dari diri sendiri judge orang yang tak sepatutnya kena. 
Fikir untuk jaga perasaan orang lain sebelum berkata sesuatu, kata-kata yang bukan dari aku. 
Terus-terang dahulu sebelum judge seseorang dengan kata-kata yang cukup makan dalam. :)

Again, cerita rumput pada post sebelum ni, beri seribu erti dalam kehidupan seharian aku.
Baca la semula, dan amik iktibar dari cerita itu.

"Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas."

Kata-kata ni untuk kita semua termasuklah diri aku sendiri. 

Akhir kata, aku lega sebenarnya dah habis Semester 3. :)

ariff.